Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga telah mendapatkan maklumat peribadi termasuk alamat suspek.

“Siasatan awal mendapati, suspek telah menyamun sebuah premis serbaneka yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen MRT tersebut pada pukul 6.30 pagi sebelum mencederakan wanita terbabit.

“Kita percaya suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan akan ditahan tidak lama lagi,” katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.  

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400. 

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital. - K! ONLINE