Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua wanita berkenaan dikenali Raisa Rinda Salma, 24, dan  Dessy Meyrisinta, 33.  
 
"Raisa memegang passport bernombor B2421541 manakala Dessy pemegang passport B0464727. Kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi dengan alamat terakhir di Hotel Flamingo, Ampang.

"Pihak polis memerlukan dua wanita berkenaan untuk hadir bagi menjadi saksi bagi perbicaraan kes bunuh Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua wanita berkenaan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam ditalian 017-655 6575 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang atau dimana-mana balai polis berhampiran. - K! ONLINE