Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah.

Katanya, polis telah menerima tiga laporan terhadap Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan itu susulan artikel yang ditulis beliau dalam blog peribadinya.

“Sebaik sahaja siasatan selesai kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen TM di Jalan Pantai Baharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, pelbagai lapisan rakyat Kelantan dilihat mula menukar foto profil dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp menggunakan gambar Sultan Muhammad V sebagai bantahan kepada artikel Kadir.

Artikel tersebut turut mendapat kritikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas tindakan Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press  - K! ONLINE