"Ya polis memang ada maklumat mereka," kata beliau menjawab soalan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulanan Menteri Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini hari ini.

Rusuhan hari kedua iaitu Selasa lepas, mengakibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang hadir dalam operasi memadam kebakaran cedera parah dipukul dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Mengulas mengenai senarai 28 individu yang diminta tampil membantu siasatan, beliau berkata, setakat petang ini masih belum ada mana-mana individu yang tampil.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, PDRM sedang berusaha mengesan 28 orang saksi untuk membantu siasatan berhubung insiden rusuhan itu dan memohon kesemua saksi berkenaan tampil memberi kerjasama. - Bernama