Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata, banyak kemalangan berlaku melibatkan pelanggaran dengan pokok-pokok besar di tepi jalan sehingga berlakunya kemalangan maut.

"Ancaman juga wujud apabila pokok-pokok tumbang merentangi jalan raya semasa musim tengkujuh  setelah berlaku hujan serta ribut.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan telah menjalankan kerja-kerja penebangan pokok-pokok terbabit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, antara pokok balak yang ditanam di kebanyakan jalan ialah seperti jati, sentang dan mahogani.

Mat Rawi berkata, hingga Februari lalu, sebanyak 1,100 pokok ditebang dan ada yang hanya dipangkas dahan. - Bernama