"Itu (bonus raya penjawat awam) mungkin diumumkan oleh PM esok, lebih baik tunggu keputusan esok," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Tokong Buddha Maha Vihara, Brickfields di sini hari ini. 

Dr. Mahathir dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet esok.   

Semalam, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan memberikan bonus kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri tetapi belum menetapkan bayarannya. 

Sambutan Hari Wesak di tokong itu disertai lebih 5,000 penganut Buddha. - Bernama