Mengiringi Mahathir adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Turut sama hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima Angkatan Tentera, Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Kapal Equanimity yang melakukan pelayaran kira-kira 20 jam selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1 petang Selasa.

Kapal bernilai RM1 billion itu berlepas dari perairan Batam, Indonesia pukul 4.45 petang Isnin lepas dengan diiringi sebuah Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama tiga kapal pasukan Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9. - Bernama