Pertemuan tersebut berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian program dalam rangka lawatan khas baginda sehari ke Malaysia bersempena istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata lawatan khas tersebut memberi dorongan baharu dan pengukuhan seterusnya hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar turut menyatakan bahawa ia menjadi bukti kepada aspirasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala. - Bernama