Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, bekas Timbalan Gabenor Bank Negera, Dr. Sukhdave Singh dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Maybank, Goh Ching Yin dilantik pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, berkuat kuasa serta-merta.

Tambah kenyataan itu, pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah Nasional, termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Tan Md. Nor Md. Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu. - K! ONLINE