Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan mencari jalan mengikut peruntukan undang-undang membantu masalah pencerobohan yang diakui telah berlaku sejak sekian lama.

Katanya, bidang kuasa tanah merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya terletak di bawah kuasa Kerajaan Pusat.

"Sebenarnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) simpati dengan orang di situ, cumanya kalau kuasa sepenuhnya di bawah Kerajaan Pusat, kita akan bertindak sekarang. Malah Kerajaan Negeri ini bukan daripada PH.

"Memandangkan kuasa di bawah Kerajaan Negeri, kita tentukan tindakan itu mengikut undang-undang. Namun, saya sedaya-upaya akan selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan penduduk Orang Asli Gua Musang di pekarangan Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Dalam pertemuan, Mahathir sempat berkata, beliau akan berbincang dengan pihak terlibat berkenaan perkara itu. - K! ONLINE