Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar berkata, pengumuman itu diharap membolehkan peneroka tidak lagi terlalu bergantung kepada tanaman sawit yang harganya tidak menentu.  

"Kita berharap peneroka berusaha dengan kaedah yang sedikit berbeza dari dahulu contohnya menerusi kaedah menyewakan tanah bagi jangka panjang dan terlibat dalam tanaman kontan," katanya ketika melawat tapak sambutan progam itu di sini, hari ini. 

Beliau berkata, sewaan jangka panjang dilihat lebih memanfaatkan peneroka terutama yang sudah berusia kerana Felda akan membuat tanaman semula tanpa mereka perlu berhutang modal tanaman semula. 

Katanya, terdapat lebih 70 peratus peneroka yang berusia lebih 56 tahun dan ada kalangan mereka menghadapi masalah untuk mewariskan tanah kerana anak berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan lain. - Bernama