Katanya, tindakan tegas itu akan diambil tanpa sebarang rasa belas kasihan atau sebarang pertimbangan termasuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

“Kita perlu tunjuk teladan yang baik, pemimpin kerajaan sekarang diberi arahan oleh saya kalau mereka terlibat dengan rasuah dan saya sebenarnya hendak ikut negara China kalau terlibat rasuah mereka akan ditembak mati tetapi mereka tidak setuju tentang tembak mati.

“Jadi kalau pegawai kerajaan tunjuk teladan tidak baik mereka perlu keluar daripada perkhidmatan awam, tiada kasihan, tiada pertimbangan, tiada perlindungan, buat salah kita tolak kerana kita hendak tunjuk teladan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) anjuran Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa termasuk 3,500 pegawai PTD.

Pada sesi tersebut, Mahathir menjelaskan, antara teladan baik yang ingin ditunjukkan ialah perisytiharan harta yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini Perdana Menteri tidak boleh isytihar harta kerana kononnya Perdana Menteri bukan penjawat awam jadi tidak payah beritahu apa pun tapi sekarang Perdana Menteri mesti tunjuk teladan baik jangan mencuri,” ujar beliau. - K! ONLINE