Majlis yang dihadiri kira-kira 160 orang tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai kanan kerajaan, wakil syarikat berkaitan kerajaan dan wakil organisasi media.

Antara yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Turut kelihatan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan pengarang kanan media.

Selesai majlis berbuka puasa, Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang dipimpin Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahlan. - Bernama