Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini kerana kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

"Kalau ada apa-apa kenyataan rasmi biar ia dibuat oleh kerajaan dan di sini adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen kerana ini juga melibatkan banyak kementerian, jadi tidak elok saya membuat komen kecuali Perdana Menteri," katanya di sini hari ini.

Guan Eng berkata demikian selepas diminta mengulas tentang senarai tujuh agensi di bawah kementeriannya dalam pertimbangan untuk di tutup, yang ditular dalam laman sosial.

Terdahulu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang merasmikan buku mengenai kenangan Bukit Bendera yang bertajuk "Healing Penang Hill". - Bernama