Dalam kejadian berkenaan, sebahagian siling bumbung, pondok tol dan beberapa palang di plaza tol berkenaan tertanggal serta rosak.

Kejadian itu menyebabkan sisa yang runtuh bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menyatakan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pihaknya.

"Plaza tol berkenaan ditutup kepada semua kenderaan di kedua-dua arah. Pengguna dari Klang dan Shah Alam perlu mencari laluan alternatif.

 "Pengguna boleh layari twitter @plustrafik bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penutupan plaza tol berkenaan," katanya.

 Jurucakap berkenaan juga memberitahu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berhubung kejadian berkenaan. - K! ONLINE