Berucap pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu bagi membahaskan pindaan itu, Perdana Menteri berkata, sesebuah parti politik memerlukan perlembagaan supaya kepimpinan parti dapat disusun bagi menjayakan perjuangannya.

"Tanpa susunan yang rapi dengan ketua-ketua tertentu, jawatan-jawatan tertentu, tanggungjawab-tanggungjawab tertentu, sudah tentu parti kita tak dapat bergerak.

"Adanya pemimpin-pemimpin ini semata-mata untuk memberi kekuatan kepada parti supaya ia dapat berjuang secara tersusun, teratur dan dengan itu lebih besar kemungkinan parti akan menang," katanya pada pehimpunan itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

Mahathir berkata, wujudnya kepimpinan parti seperti Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, selain memegang jawatan dalam kerajaan, adalah untuk kepentingan pengurusan sahaja. - Bernama