Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, rakyat Malaysia senada menolak sifat kebencian dan memilih jalan kedamaian di saat sedang berduka susulan tragedi serangan pengganas di Chrischurch, New Zealand, 15 Mac lepas.

"Kononnya kita marah dan mahu balas dendam, jadi apa bezanya kita dengan si pengganas ini. Kita cuba dipengaruhi (sifat benci) kita seharusnya kata tidak.

"Taraf kita lebih tinggi dari seorang pengganas. Kita di atas mereka , kita disebalik mereka kerana mesej kita ialah kedamaian untuk semua ," katanya berucap pada perhimpunan itu, di Dataran Merdeka, pagi ini.

Perhimpunan yang bermula pada jam 7 pagi itu adalah sebagai tanda solidariti Malaysia susulan kejadian tembakan di dua masjid di Chrischurch yang mengorbankan 50 nyawa termasuk remaja Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17. - Bernama