"Islam adalah agama yang baik dan juga satu cara hidup. Ia adalah cara hidup umat Islam yang akan mengagumkan orang sama ada Islam adalah agama yang baik. Malangnya, kita melihat ada orang menonjolkan Islam sebagai agama yang tidak berjaya dalam banyak cara," katanya ketika berucap melancarkan Institut Dakwah Antarabangsa Perkim Kuala Lumpur (IDIPKL).

Turut hadir Setiausaha Agung Perkim, Tan Sri  Mohd. Yusof Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim berkata, apabila yang lainnya melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri atau berbuat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak mungkin mereka  akan terpengaruh untuk berfikir bahawa Islam adalah agama yang baik, malah akan menjauhinya.

Beliau menegaskan Islam mengajar supaya bersikap adil dan saksama tetapi  sesetengah orang Islam tidak mengamalkannya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain. - Bernama