Tuan rumah bermula garang apabila mendahului 1-0 menerusi pemain tengah import, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-5.

Pemain kelahiran Uzbekistan itu sekali lagi meledak untuk gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad Penyu pada masa kecederaan menjadikan kedudukan penuh 3-1.

Terdahulu,  skuad Semut Merah yang tersentak ketinggalan telah memperkemas kembali barisan serangan sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan penyerang, Muhammad Jafri Firdaus Chew pada minit ke-30.

Begitu pun keceriaan PKNS FC cuma seketika apabila kembali ketinggalan 1-2 selepas pemain pertahanan skuad Penyu, Nasrullah Haniff Johan bijak memanfaatkan hantaran Shaakhmedov pada minit ke-37.

TFC I sudah boleh melebarkan lagi jurang jaringan namun dua gol yang dihasilkan kapten pasukan, Kipre Tchetche pada minit ke-16 dan 47 dibatalkan kerana berada pada kedudukan offsife.

Muhammad Jafri pula sekali lagi hampir menyamakan kedudukan buat skuad Semut Merah namun rembatannya pada minit ke-53 sekadar menyentuh palang gol.

Tchetche juga berpeluang untuk menempa nama sebagai penjaring namun percubaannya pada minit ke-61 pula ditepis penjaga gol PKNS FC, Tauffiq Ar Rasyid Johar. - K! ONLINE