Skuad Helang Merah berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain import kelahiran Brazil, Sandro Da Silva pada minit ke-5 yang menyudahkan hantaran Baddrol Bakhtiar.

Kegembiraan Kedah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi Fernando Andres Marquez, hasil hantaran Muhammad Safawi Rasid.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah tidak menunggu lama apabila berjaya menyumbat gol kedua menerusi Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-46 yang bijak mencuri peluang atas kelalaian pertahanan JDT di hadapan gawang gol.

JDT terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Marcos Antonio Elias Santos dibuang padang apabila mengutip kad kuning kedua pada minit ke-88 apabila mengasari penjaga gol tuan rumah, Abdul Hadi Abdul Hamid.

Kedah mengesahkan kemenangan apabila Liridon Krasniqi menjaringkan gol ketiga pasukan dalam masa tambahan. - K! ONLINE