Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jalan-jalan yang terlibat adalah Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) susur ke Lampu Isyarat Sukom, Seri Petaling ke Jalan Merah Chagar dan Susur Kesas ke Jalan Barat.

“Turut terlibat adalah penutupan dari Lampu Isyarat Awan Kecil ke Jalan Barat dan Susur Awan Besar ke Lampu Isyarat Awan Kecil.

“Seterusnya kita juga akan tutup susur Puchong Link ke Lampu Isyarat Technology Park Malaysia (TPM) dari Bulatan Kuda dan juga Kinrara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan menambah, seramai 85,000 orang peminat bola sepak dianggarkan akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu.

“Terdapat sebanyak 3,500 ruang parkir disediakan untuk penonton yang hadir.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan,” ujarnya.

Tegasnya lagi, semua diingatkan untuk tidak mencetuskan  sebarang provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan yang boleh mengugat ketenteraman awam. - K! ONLINE