Calon PH, Wong Siew Ki memperoleh undi sebanyak 22,508 menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah undi sebanyak 3,975.

Pengumuman keputusan rasmi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Rosli Othman kira-kira pukul 8.50 malam di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, PRK DUN Balakong turut mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi paling rendah berbanding PRK Sungai Kandis yang mencatatkan peratusan sebanyak 49.4 peratus.

tttt

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Siew Ki. 

Menurut SPR, hanya 43 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi setakat pukul 5.30 petang tadi sekaligus gagal mencapai sasaran ditetapkan iaitu sebanyak 80 peratus.

Untuk rekod, PRK Penanti yang diadakan pada tahun 2009 di Pulau Pinang mencatatkan antara peratusan keluar pengundi paling rendah iaitu sebanyak 46 peratus. - K! ONLINE