Yasser Murtaja, 30, yang bertugas untuk agensi media berpangkalan di Gaza, Ain Media telah meninggal dunia selepas tercedera akibat ditembak, kata Kementerian Kesihatan. 

Adik lelakinya, Motazem yang juga seorang pemberita berkata, dia berada di sebelah abangnya sewaktu kejadian tembakan itu berlaku.

“Tembakan tersebut sememangnya disasarkan kepada pengamal media,” ujarnya.

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu pihaknya bukan sengaja menyasarkan tembakan kepada petugas media.

Semalam, rakyat Palestin di wilayah Gaza berkabung sewaktu mengebumikan mangsa yang terkorban selepas mereka dibedil oleh tentera Israel dalam pertempuran berdarah di sempadan sejak seminggu lalu.

Selain sembilan mangsa terkorban, dianggarkan sekurang-kurangnya 491 orang tercedera akibat ditembak oleh tentera Israel, kata Kementerian Kesihatan di Gaza. - AFP