Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, bantuan tersebut merupakan kali ketiga dilakukan pihaknya selepas terdahulu menyampaikan barang keperluan mangsa banjir di Dungun serta Kemaman, Terengganu semalam.

"Pada musim tengkujuh kali ini, Petronas menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Pantai Timur dan pada hari ini kita menyampaikan barang keperluan kepada mangsa di Kuantan.

"Kita juga bersedia menugaskan sukarelawan Petronas bagi membantu kerja membersihkan kediaman, tempat-tempat awam serta bangunan sekolah yang terjejas akibat banjir sejak Isnin lalu," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Toantawee Mohd. Lotfie pula berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terlibat sama dalam usaha membantu mangsa banjir.

"Setakat ini, bantuan melibatkan barang keperluan asas diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ia mencukupi.

"Kalau ada lain-lain pihak GLC atau syarikat-syarikat swasta, mereka boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir bagi memudahkan urusan agihan," katanya. - K! ONLINE