Pendaratan cemas tersebut adalah yang ke­dua berlaku berpunca akibat masalah teknikal dalam tempoh kurang seminggu di Myanmar.

Penerbangan Myanmar Airlines UB-103  itu mendarat cemas pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) di Mandalay, sebuah bandar yang popular dalam kala­ngan pelancong asing.

Semua 89 orang termasuk tujuh kru pesawat jenis Embraer 190 itu selamat.

Timbalan Ketua Pengarah  Jabatan Penerbangan Awam Myanmar, Ye Htut Aung berkata, juruterbang itu berulang kali cuba mengeluarkan tayar hadapan pesawat termasuk melalui sistem komputer dan secara manual.

“Justeru, dia terpaksa mendaratkan pesawat dengan hanya menggunakan tayar belakang. Juruterbang itu melakukannya dengan sungguh mahir. Tiada kecederaan berlaku,” kata Htut Aung.

Sementara itu, seorang penumpang penerbangan UB-103 memberitahu agensi berita AFP:

“Sedikit asap kelihatan apabila kami mendarat. Semua penum­pang selamat”.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas sebuah pesawat milik Biman Bangladesh Airlines mendarat cemas dan tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon semasa cuaca buruk pada Rabu lepas, mengakibatkan 11 penumpang cedera. – AFP