Gabenor Durango, José Aispuro berkata, tiada kematian dilaporkan namun 85 orang daripada 97 penumpang serta empat kru penerbangan cedera dan dua daripada mereka parah.

Setakat ini, nama dan warganegara setiap penumpang masih belum diketahui.

Pengendali lapangan terbang, Grupo Aeroportuario Centro Norte berkata, siasatan awal pihaknya menunjukkan punca nahas disebabkan cuaca buruk. - Agensi