Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura berkata, pesawat itu sedang berlepas untuk program pertunjukan di udara pada Pameran Udara Singapura 2018.

Perkhidmatan Kecemasan Penerbangan memberi respons segera berikutan insiden itu dan telah dapat memadamkan kebakaran itu.

Juruterbang pesawat itu cedera ringan dan sedang dirawat.

Kejadian berlaku kira-kira 1.24 tengah hari waktu tempatan Singapura.

Landasan 1 akan ditutup sehingga diberitahu kelak, kata pihak berkuasa. - Bernama