Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah memandu tanpa lesen dan melanggar lampu isyarat merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan melibatkan warga asing terbabit.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md. Taib berkata, sepanjang tahun ini sahaja sebanyak 504 warga asing didapati melanggar undang-undang jalan raya menerusi empat operasi yang dijalankan pihaknya.

"Warga Indonesia mencatatkan pesalah trafik paling tinggi iaitu 100 orang diikuti Bangladesh iaitu 85 orang, Pakistan 63 orang dan Myanmar 55 orang.

"Kebanyakkan mereka ini bukan sahaja pelajar tetapi juga meliputi pekerja yang bekerja sekitar Cyberjaya," katanya dalam sidang akhbar selepas Ops Bersepadu di Persiaran Multimedia di sini hari ini.

Menurut Nazli, Cyberjaya menjadi kawasan tertinggi kesalahan trafik kerana bandar itu didiami warga asing yang bekerja di syarikat swasta dan pelajar beberapa institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib pada sidang media pada Opera
 

 

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan melaksanakan program kesedaran dengan kerjasama IPT-IPT terhadap pelajar asing sebagai langkah mengurangkan statistik kesalahan trafik.

"Selain itu, kita akan memperbanyakkan operasi bersepadu membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar untuk mengesan pesalah trafik.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana sikap mengabaikan undang-undang jalan boleh meragut nyawa seperti yang mana berlaku pada baru-baru ini," katanya.

Nazli berkata 112 pemandu warga asing yang diperiksa dalam operasi hari ini terdiri daripada pemandu warga Nigeria 30 orang, diikuti Pakistan (27); Indonesia (23); Bangladesh (20); India lapan; Palestin dua dan masing-masing seorang daripada Lebanon dan Jordan.

Beliau berkata menerusi empat operasi khas di Cyberjaya tahun ini, pihaknya memeriksa seramai 504 warga asing, dengan majoriti kesalahan adalah memandu tanpa lesen serta beberapa kesalahan lain seperti kenderaan tanpa cukai jalan. - K! ONLINE