Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukkan tersebut adalah bagi membaik pulih prasarana sedia ada kerana sudah terlalu daif.

"Lif yang rosak di IPK ini tidak perlu dibaiki, kita ganti baharu sahaja. Malah, dewan terbuka ini juga mesti diganti baharu dan dibesarkan supaya lebih selesa serta bangunan-bangunan lama juga perlu dicat semula," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini di Dewan Terbuka IPK, di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Yahaya Mamat dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memohon kepada semua anggota PDRM di negeri ini supaya memastikan tiada sebarang insiden kekecohan berlaku sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

"Saya mahu semua anggota polis pastikan tiada sebarang insiden kekecohan berlaku terutama di kawasan panas semasa PRU-14. Ini bagi menunjukkan polis berlaku adil kepada semua pihak sekali gus menterjemahkan amalan sebuah negara demokrasi," jelasnya. - K! ONLINE.