Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR).
Beliau berkata, peruntukan itu bagi membolehkan suruhanjaya itu mengenal pasti pemilik sebenar sesuatu kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.

"Ini kita lakukan kerana kita sedar ada individu guna nama orang lain untuk mengelak daripada dikenakan tindakan. 

"Kita mahu mendapat pemunya benefisiari. Walaupun mereka menggunakan nama lain, kita tetap akan jumpa bukti dan mereka boleh dikenakan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan JKKMAR 1/2019 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed - K! ONLINE