Bagaimanapuan, Armin yang memakai baju-T berwarna kelabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi pada prosiding hari ini memaklumkan Majistret Raja Noor Adilla bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan Seksyen dalam pertuduhan terhadap Armin.

Pindaan itu adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 KK dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya.

Bagaimanapun Seksyen 324 KK yang dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan memperuntukkan  dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah seksyen 324 KK.

Mengikut pertuduhan, Armin yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Denai Alam di sini antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Armin diwakili peguam Muhammad Zufar Elias.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen. - K! ONLINE