Difahamkan Tengku Puteri Jihan sendiri menzahirkan permintaan untuk memakai persalinan tersebut pada hari bersejarah ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Persalinan baju kurung berona putih susu dan dihiasi dengan sulaman bunga itu dilihat anggun digayakan oleh Tengku Puteri Jihan dengan tambahan aksesori selendang dan mahkota di kepala pada istiadat pagi tadi.

Sementara itu, menurut pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi Instagram Storynya, busana DiRaja yang dipakai oleh Tunku Azizah hari ini ditaburi dengan kepingan bunga emas yang dipinjam daripada bonda baginda, Almarhum Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad.

Persalinan berwarna putih gading itu turut dihiasi dengan corak colek iaitu lambang kebesaran negeri Pahang dan Johor.

Rizalman merupakan pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan persalinan Tunku Azizah dan anakanda puteri yang lain sempena istiadat hari ini. 

Busana yang diperbuat daripada kain tenun Pahang itu merupakan hasil tenunan sekumpulan penghuni di Penjara Penor, Pahang. - K! ONLINE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Persalinan indah DiRaja. Jika anda hendak tahu, busana DiRaja yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong hari ini ditabur dengan kepingan emas yang dipinjam daripada almarhum bondanya, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad. Persalinan indah itu hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim. Manakala, persalinan puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah (dua dari kiri) pula ialah busana yang pernah dipakai oleh bondanya, Tunku Azizah Aminah Maimunah semasa menyaksikan istiadat pertabalan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar menjadi Agong ke-8. Sangat menggamit memori Istiadat Pertabalan Agong ke-16 hari ini. #kosmo #daulattuanku #pertabalanagong #busanadiraja Kredit foto IgStory @rizalman71

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on