Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya akan menjadi seketariat bagi persatuan tersebut yang akan akan diuruskan sendiri oleh ibu tunggal.

Katanya, terdapat banyak masalah ibu tunggal yang tidak diketahui ramai sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

"Nasib golongan ini akan lebih terbela sekiranya mereka ada persatuan dan melalui persatuan juga pelbagai faedah yang boleh mereka perolehi.

"Sebelum ini ada beberapa ibu tunggal mengadukan masalah mereka kepada saya dan dari situ tercetus idea untuk meminta mereka adakan persatuan ibu tunggal," katanya ketika ditemui pemberita pada program Penyampaian Bunga Ros sempena Hari Wanita Sedunia dan Majlis Pelancaran Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Seremban di Pasar Besar Seremban di sini hari ini. - K! ONLINE