Beliau berkata, daripada jumlah itu Myvi menyumbang 9,029 unit, Axia (4,085 unit), Bezza (2,776 unit) dan Alza (1,803 unit).

"(Ini sekali gus menjadikan) bahagian pasaran kami meningkat kepada lebih 40 peratus, paling tinggi dalam sejarah kami," katanya semasa majlis makan tengah hari Tahun Baru Cina dengan wakil-wakil media dan rakan kongsi perniagaan di sini, hari ini.

Aminar Rashid berkata berdasarkan anggaran Perodua, jumlah jualan industri keseluruhan pada  Januari 2018 adalah 43,930 unit. - K! ONLINE