Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, barisan  pengeluaran itu akan  dikendalikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di Proton City, yang akan menghasilkan komponen badan seperti penutup enjin, pintu, dapra, panel sesiku dan bumbung.

"Untuk keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan-pelanggan kami, kami memberikan komitmen bagi terus  mengeluarkan komponen berkualiti  tinggi pada harga yang berpatutan untuk kenderaan Perodua mereka," katanya.

Selain daripada generasi kedua kereta Myvi dan Viva, komponen-komponen tulen generasi pertama Myvi, Kelisa dan juga Kancil akan terus dihasilkan oleh vendor Malaysia, katanya.

"Perodua dan IQM telah membina hubungan yang kukuh sejak beberapa tahun lepas, berdasarkan  kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kepada pelanggan kami," katanya. - Bernama