Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan itu dengan syarat Musa perlu melapor diri dengan kedutaan Malaysia di London, United Kingdom tiga hari sekali dan Pusuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura  antara 23 Januari hingga 8 Februari. 

Terdahulu Rozina membenarkan pasport Musa dilepaskan bermula 15 Januari hingga 10 Februari dan pasport itu perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada 11 Februari. 

Dalam pada itu Rozina turut mengingatkan wang jaminan akan terbatal sekiranya terdapat laporan pergerakan lain selain dari dua negara terbabit. 

"Jika tertuduh ke negara selain dari United Kingdom dan Singapura wang jaminan akan dirampas. Penjamin juga bertanggungjawab terhadap tertuduh," katanya. 

Tambahnya, Musa juga perlu memaklumkan  alamat penginapannya kepada mahkamah sepanjang berada di dua negara itu. - K! ONLINE