abatan Pertanian dalam satu kenyataan di sini berkata, penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah keselamatan apabila menemui pelbagai jenis racun perosak ditemui pada sampel cili yang diimport daripada negara itu.

"Jabatan Pertanian telah membuat pemantauan racun perosak ke atas cili yang diimport di pintu-pintu masuk negara. Pemantauan dilakukan adalah untuk memastikan produk pertanian yang diimport memenuhi MRL negara.

"Hasil analisis kami dapati 50 peratus sampel cili diimport dari Vietnam telah melanggar nilai MRL racun perosak yang merangkumi pelbagai racun perosak anataranya Oranophosphate, Synthetic Pyrethroid, Carbamate, Triazole dan Dithiocarbamate," katanya.

Tempoh penggantungan sementara IP cili dari Vietnam akan diberitahu kemudian. - K! ONLINE