Beliau berkata, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan monetari yang perlu ditangani buat masa ini.

Katanya, penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak.

"Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada kerajaan) tetapi, sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan pemegang konsesi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi dan Kepimpinan 2018, di sini, hari ini.

Shahril berkata, penyusunan semula tol sangat rumit kerana kepentingan semua pihak perlu diambil kira.

"Saya fikir kerajaan juga mahu berlaku adil kerana penghapusan tol dan pampasan kepada pemegang konsesi akan memindahkan beban kepada pembayar cukai dan saya rasa (berlaku adil) adalah keutamaan kerajaan," jelasnya.

KWSP memilliki 49 peratus pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd., manakala unit Khazanah Nasional Bhd., UEM Group Bhd. memiliki ekuiti selebihnya. - Bernama