"Bacaan IPU itu diperoleh dari stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.

"Bacaan yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan bacaan 160 tetapi menurun kepada 154 pada tengah hari dan petang.

"Dua faktor penyumbang utama peningkatan indeks itu ialah pencemaran merentas sempadan di negeri jiran dan pembakaran jerami oleh pesawah di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah mengeluarkan surat kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Pertanian Perlis dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya menghentikan sementara pembakaran jerami padi bagi mengawal situasi ini.

"JAS juga mencadangkan Jabatan Pendidikan Perlis supaya menangguhkan sementara aktiviti luar melibatkan pelajar sekolah," katanya.

Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman sesewang Jabatan Alam Sekitar di Kangar, Perlis setakat pukul 4 petang hari ini ialah 143.

Perlis merupakan antara negeri pengeluar hasil padi di negara ini dan pembakaran jerami merupakan satu perkara yang perlu bertujuan menghapuskan perosak tumbuhan serta membekalkan nutrien baja dalam sawah. - K! ONLINE