Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, surat berhubung perkara tersebut kini dalam proses mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Saya ingin umumkan bahawa perkhidmatan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid akan disambung selama setahun dan kita sedang menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 di sini hari ini.

Noor Rashid, kini berusia 60 tahun dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Disember 2014.

Sebelum dilantik ke jawatan tersebut beliau merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. - K! ONLINE