BSN dalam kenyataan malam ini berkata, untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi esok (22 Januari) dan beroperasi seperti biasa bermula pukul 7 pagi.

"Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak pukul 6.10 pagi Sabtu (19 Januari) dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN. - Bernama