Mohamad Norza berkata, beliau sering berhubung dengan Chong Wei dan bertanya khabar mengenai kesihatan pemain berusia 35 tahun itu yang dilaporkan mengalami 'Respiratory Disorder'.

"Setakat ini beliau masih lagi dalam proses rawatan, sebagaimana saya katakan sebelum ini, beri saya masa beberapa minggu lagi untuk memaklumkan perkembangan terkini Chong Wei," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman penajaan antara AirAsia-BAM di Atrium, AirAsia RedQ.

Menurut laporan berita tempatan pemain nombor dua dunia itu kini berada di Taiwan bagi menjalani rawatan selama dua bulan.

Berikutan masalah kesihatannya itu, Chong Wei terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia di Nanjing pada minggu lepas dan Sukan Asia Jakarta-Palembang di Indonesia pada 18 Ogos - 2 September ini. - Bernama