Beliau berkata, apa yang pentingnya perjumpaan itu bertujuan memikirkan masa hadapan negara dan rakyat terutama dalam usaha pengukuhan ekonomi dan perpaduan.

"Tiada sebab pihak pembangkang tidak boleh berjumpa dengan pemimpin kerajaan.

"Dalam keadaan sebegitu, elak daripada sensasikan sesuatu isu kerana ia hanya akan menimbulkan spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sembrong yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, beliau sememangnya tidak melayan sebarang provokasi, spekulasi dan konspirasi sejak dari dahulu kerana ia sesuatu yang tidak berkesudahan.

"Saya percaya, pemimpin ni, bila sampai masanya, kalau ada apa-apa hendak umum, kita umumkanlah. Jangan mengizinkan pihak tertentu mewujudkan provokasi dan jangan ada tuduhan konspirasi. Kerana bagi pihak saya, apa jua perjumpaan yang saya hadir adalah untuk kebaikan tanahair dan rakyat.

"Kalau itu pegangan kita, tiada siapa boleh menidakkan keinginan kita melihat ke depan secara konstruktif," kata Hishammuddin. - Bernama