Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Guan Eng semalam susulan permohonan oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk Masri Mohd. Daud melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan tersebut. 

Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Mahathir berkata: "Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga". 

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan media di Istana Qashr Munee d sini di penghujung lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei.  

Pada 30 Jun 2016, Menteri Kewangan yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah yang membabitkan penukaran status tanah daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan dan pembelian Lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhom, Pulau Pinang dibawah nilai pasaran. - Bernama