Dr. Mahathir berkata, beliau telah mendapat taklimat daripada pihak polis termasuk membaca laporan pengauditan yang telah dikelaskan sebagai dokumen terbuka semalam yang didapati telah membuka lebih banyak pendedahan. 

"Kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis, apabila sampai tahap kita boleh membuat tangkapan, kita akan tangkap mereka yang bersalah.

"Tiada perbezaan antara orang tertentu (pangkat dan kedudukan) untuk didakwa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan pengauditan 1MDB tersebut yang  pernah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 kini sudah boleh dirujuk orang ramai. - K! ONLINE