Solat tersebut yang dipimpin oleh Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahlan yang sebelum itu turut membacakan khutbah bertajuk Tanggungjawab Pemeliharaan Alam Sekitar yang meminta supaya umat Islam di negara ini menjaga alam selaras dengan tuntutan agama Islam.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan umat Islam mengadakan solat hajat berikutan penularan penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak yang semakin serius.

Sehubungan itu, Jakim mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat hajat. - K! ONLINE