Jelas beliau, jika berlaku kenaikan harga bahan api itu kerajaan akan memberikan subsidi. 

“Harga minyak kekal, jika berlaku kenaikan maka kerajaan akan memberikan subsidi,”, katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. 

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini kekal berada pada harga RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.47 untuk RON97, manakala diesel pula dijual pada harga RM2.18 seliter.

Keadaan itu berkekalan selama tujuh minggu berturut-turut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaksanakan sistem penilaian semula harga secara mingguan mulai 20 Mac 2017.

Pengapungan harga itu dibuat selepas Putrajaya memutuskan untuk menghapuskan subsidi untuk minyak. Harga runcit domestik ditetapkan mengikut harga semasa petroleum dunia. - K! ONLINE