Menurut sumber, Tun Dr. Mahathir Mohamad singgah ke pusat beli-belah untuk membeli barang keperluan rumah sebelum pulang ke kediaman beliau di The Mines, Serdang.

Katanya, memandu kereta sendiri dan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur pada hari minggu adalah rutin Mahathir dan isteri jika tiada keperluan kerja.

"Beliau yang baru tiba dari Langkawi, Kedah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi memandu sendiri kereta menuju ke Cyberjaya dan singgah sebentar ke IOI Mall untuk beli barang keperluan rumah.

"Setibanya di pusat beli-belah itu, beliau terserempak dengan sekumpulan peserta konvoi Merdeka dan sempat mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengunjung," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.