Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas menerima permohonan daripada peguam bela Guan Eng, Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, permohonan telah dibuat dan perbicaraan akan disambung pada 9 April depan.

"Ini disebabkan anak guam saya perlu menghadiri sidang Parlimen bagi menyertai perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Persempadanan Semula pada esok (Rabu) dan lusa (Khamis),” katanya pada sidang akhbar di luar pekarangan mahkamah di sini tadi. - K! ONLINE