Perancis berulang kali memberi amaran bahawa bukti penggunaan senjata kimia seterusnya di Syria merupakan satu ‘garisan merah’ yang mendorong serangan negara itu.

“Penggunaan senjata kimia merupakan satu jenayah perang,” kata Le Drian dalam satu kenyataan dan menambah Perancis telah memohon Majlis Keselamatan Pertubuhan Negara-negara Bersatu bersidang secepat mungkin bagi memeriksa situasi di Ghouta Timur.

Tuduhan serangan kimia yang menyebabkan puluhan orang maut di bandar Douma yang dikawal pemberontak di Syria mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata ‘harga tinggi perlu dibayar’ berhubung kejadian itu.

Douma merupakan bandar terakhir yang masih dikawal pemberontak di Ghouta yang sebelum ini merupakan kubu kuat di luar Damsyik namun kini hancur setelah serangan selama tujuh minggu oleh tentera rejim. - AFP